Blogger Backgrounds
Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

..Ada Apa Pada Usrah..

Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas.

Begitu juga usrah, mereka nampak kita berhimpun, berbincang,tetapi mereka tidak tahu sebenarnya KITA SEDANG MEMBINA SEMULA ISLAM DALAM HATI KITA..


Friday, October 14, 2011

..CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI..


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

Friday, September 30, 2011

“ATAU MUNGKINKAH…….”



Sering kita berbicara dalam diri tentang seluas pengetahuan yang ada dalam hati sanubari. Sering juga kita menerka di dalam hati tentang apa yang ada di sebalik apa yang ada di sebalik. Kerana itu kita sering bermungkin-mungkin mentafsir antara itu dan ini, oh..antara aku dan dia, juga antara kami dan mereka. Pastinya mungkin-mungkin itu ada fikir negatif dan positifnya. Alangkah baiknya jika yang mungkin-mungkin itu adalah positif belaka. Sebagaimana tabiat Rasulullah SAW, sering berbaik sangka “husnul zan” sebagaimana catatan tinta emas yang terkandung di dalam kitab suci kita jelas mengatakan firman Allah SWT yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?". (al-Hujurat : 11 dan 12).

Namun kerana kita manusia yang penuh dengan nafsu, maka kita sering bermungkin-mungkin dan bersangka-sangka.

Situasi 1: Jika seorang guru berasa marah kerana pelajar-pelajarnya sering lewat hadir ke kelas atau sering ponteng ke kelas. Maka pastinya ia akan bermungkin-mungin dan bersangka-sangka. Maka dalam kotak fikirnya pasti lahir barisan-barisan ayat memungkinkan kenapa itu bisa berlaku. Mungkin mereka tidak suka cara ku mengajar barangkali..mungkin mereka benci padaku barangkali..atau mungkin mereka itu sebenarnya memang pemalas barangkali..atau mungkin aku tidak pandai mengambil hati mereka..atau mungkin subjek ku ini sangat membosankan..terlalu banyak mungkinnya…

Maka itu jika ini pernah menimpa dirimu maka ingatlah pesan Rasulullah SAW tentang kemuliaan berprasangka baik.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman:

"Aku menurut prasangka hamba-Ku. Aku bersamanya saat ia bersama-Ku. Aku akan mengingatnya dalam kesendirian-Ku." (Hadits Qudsi).

Situasi 2: Jika ada seorang rakan lama yang sangat terasa hati..apabila smsnya tidak dibalas-balas oleh rakan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa, yang dulu-dulunya pernah tidur sebantal, dan sering bertepuk tampar..pasti juga ia akan bermungkin-mungkin di dalam hatinya. Apa dia sudah lupakan aku. Apa dia sudah benci padaku.. Atau mungkin dia sedang sibuk dengan urusannya. Atau mungkin dia sudah berubah, sudah tidak layak lagi bersahabat denganku.. Atau mungkin dia lagi kalut dengan pelajarannya. Atau mungkin dia sangat pening menguruskan persatuannya..Ya segalanya mungkin..mungkin dan mungkin.

Jika itu pernah singgah di tangkai hati kita maka ingatlah pesan Rasulullah SAW dengan tegasnya:

“Jauhilah darimu prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta. (Muttafaq ‘alaih).


Situasi 3: Jika seorang penyelaras program sedang ‘follow up’ tugasan ahli jawatankuasanya dan didapati kertas kerja bajet masih belum dihantar sedangkan program persatuan akan berlangsung dua hari lagi. Dia juga pastinya akan bermungkin-mungkin dalam keadaan yang agak ‘panas’. Apa budak-budak ini tidak sedarkah program ini akan bermula dalam masa yang singkat ini? Apa mereka sangat sibukkah dengan kelas? Atau mungkin mereka ada tugasan yang lebih utama daripada urusan program ini? Atau mungkin mereka hanya bersikap sambil lewa, hanya mengharap pada penyelaras untuk menyelesaikan semuanya. Hingga sampai satu ketika, terasa ingin menangis kesal atas segala rasa mungkin-mungkin itu. Atau mungkin hanya cuma kali ini mereka agak lewat dalam gerak kerja, sedangkan sebelum ini mereka sangat hebat gerak kerjanya.. Segalanya mungkin.

Maka jika kita pernah terjebak dalam situasi ini maka ingatlah pesan agung baginda Rasulullah SAW, maksudnya,

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”(Hadis riwayat Iman Al-Bukhari)

Situasi 4: Juga, jika seorang isteri sedang menanti-nanti kepulangan suaminya di petang hari. Masih juga tidak muncul-muncul kelibatnya sedangkan kebiasaannya ia sudah terjengul di muka pintu pada jam-jam yang sedemikian. Pasti juga sang isteri sedang bermungkin-mungkin. Apakah dia terlibat dalam kemalangan jalanraya. Apa dia sedang sibuk membeli barang keperluan rumah tanpa memberitahuku. Atau mungkin dia sedang bersenda-senda dengan rakan sepejabatnya yang berlawanan jantina hingga lupa balik ke rumah.. Maka sangkaan buruk itu suka hinggap di hati-hati yang sedang gelisah. Atau mungkin kenderaannya sedang rosak di jalanan dan dia sedang berusaha membaikinya agar dapat segera pulang ke rumah. Ya..tapi kenapa tidak maklumkan sahaja supaya isteri di rumah tidak gelisah. Atau mungkin bateri telefonnya sudah kehabisan. Ya begitu banyak atau mungkinnya.

Peringatan tentang bersangka baik oleh Ustaz Kazim Elias:

Situasi 5: Juga mungkin berlaku kita terkejut beruk melihat sahabat yang dihormati kerana kewarakannya sedang lewat solat zohor di bilik asrama hingga begitu hampir dengan asar. Kita juga pasti bermungkin-mungkin. Mungkin dia cuma baik di depan orang saja dengan lakonan kewarakannya. Mungkin juga dia tertidur hingga kelewatan begini. Atau mungkin hanya kali ini dia terlewat sedangkan hari-hari sebelumnya ia sangat taat pada waktu solat itu.. Mungkin juga dia baru balik dari shopping raya hingga lupa zohornya. ya..Maka itu, syaitan hinggap di hati membisik-bisikkan dengan syahdunya agar kita berburuk-buruk sangka ‘suul zan’.


Situasi 6: Juga sering berlaku dalam persatuan maka ahlinya suka berbalah-balah. Berselisih pandangan hingga hilang kemesraan yang sedia ada. Puncanya hanyalah kerana mereka suka bermungkin-mungkin. Tidak mahu berbincang dengan cara terbuka. Tiada musyawarah..tiada ..hanya suka bermungkin-mungkin..Mungkin dia sangka dia lebih hebat dari aku. Atau mungkin dia itu keras kepala hingga susah mahu mengalah. Atau mungkin dia sudah ditarbiah dengan cara begitu yang tidak sealiran denganku. Atau berapa banyak kemungkinan yang menyesakkan dada dan minda. Sedarkah kita Rasulullah bersabda:

"Mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain";

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

Jika kita suka berbalah-balah harus bagaimana redha dan berkat Allah itu akan hadir dalam gerak kerja nantinya. ?

Maka dengan itu, setiap insan perlu sentiasa mempositifkan sangka-sangkaannya, kemungkinan-kemungkinanya, mahupun gerak rasanya. Ingatlah pesanan junjungan kita Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan :

"Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati".


Ya itulah hati yang sering dikatakan ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’. Sesungguhnya kita sebagai insan di muka bumi ini sering dilalai-lalaikan oleh nafsu dan syaitan yang bersembunyi di dalam diri. Benarlah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya:

Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku iaitu mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah :"apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ? "Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)


Oleh itu..marilah kita sama-sama saling bermaaf-maafan ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, agar hidup kita sentiasa tenang dalam pencarian menuju jalanNya. InsyaAllah..

aspirasi: Riani Binti Awang*

Monday, September 26, 2011

..Buktikan Cinta Itu..


Ya, kita ‘tahu’ kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita ‘faham’ dan ‘jelas’ samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti ‘checklist’ berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.

1. 1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.
“Allahu akbar! Allahu akbar!” Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?
Di atas nama cinta pada yang selayaknya…kunafikan yang fana…” Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya?
Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.
Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: “Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah.” Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.
Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?

2. 2. Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.
Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.
Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.
Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda, “Bacakan al-Quran kepadaku.”
Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa’: ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).
Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya’ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).
Suatu saat Abu Musa al-Asya’ri datang kepada Umar. Umar berkata,”Ingatkan kami kepada Tuhan kami.” Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.
Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.

3. 3. Memandang MMS-Nya Selalu.
Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang ‘kebesaran-Nya’.
Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang.
Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.

4. 4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.
Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.
Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua? Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?
Bagaimana pula saat berhadapan dengan ‘orang besar’ atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak?
Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi’raj. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam).” (An-Najm: 17).
Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.

5. 5.Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.

Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui.
Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang.” (Al-Ankabut: 5).
Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.

6. 6.Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.
Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?
Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata, kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:
“Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni.”
“Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya.”
Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.
Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.
2) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.
3) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
4) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.
Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?

7. 7. Bersabar dengan Ujian Allah
Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.
Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.

8. 8.Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.
Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.
Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT? Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.
Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.

9. 9.Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal.”(Al-anfal:2).
Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.

10. Cemburu
Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama’, dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.

11. Berusaha keras meraih redha Allah.
Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.
2)Cinta makin menguat dan dia patuh.
3)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!
-sharing dari blog kak Fatimah Syarha-

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers