Blogger Backgrounds

Sunday, July 31, 2011

..Ahlan Ya Ramadhan..


RAMADAN yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun lalu kini bertandang lagi. Kita yang beriman dan yakin ada janji Allah menanti kehadiran bulan penuh berkat ini dengan pelbagai perasaan..

...Seronok dan bimbang...

Seronok kerana diberi peluang berjumpa dan beramal dgn bulan yang penuh berkat...
Bimbang kerana kurang yakin ibadat maksimum akan dapat dilaksanakan...
Risau kerana takut amal tidak membuahkan takwa yang diharapkan..

Yok kita tingkatkan amal ibadah kepadaNya..Moga ada anjakan dalam diri untuk membuat persiapan yang terbaik ramadhan kali ini..
agar dapat mendidik jiwa - jiwa menjadi insan yg bertakwa disisiNya..

Ameen Ya Rabb

~Tips in Ramadhan~

"If you can't do a lot of Ibadah,you can stop doing a lot of sins"

salam Ramadhan!
^_^ zikir always !

..Saya Kuat Kerana ALLAH..

Assalamualaikum semua..harapnya semua sihat2 dan sentiasa berada dalam redha dan rahmatNYA..

Ana baru sahaja habis membaca blog seorang akhawat...yang mana kata2nya tu memberi satu pukulan yang hebat pada diri ana..tiba2 ana terus teringat pada satu blog yang ana terbaca dari seorang ukhti baru - baru ni..bunyinya begini " walaupun Allah anugerahkan kita antara satu sama lain, tapi pergantungan kita yang utama pastikan pada Allah. Tempat kita mengadu yang utama, mesti pada Allah kan? tempat kita nak mintak tolong, pasti Allah kan? dan tempat kita nak bermanja yang utama, pasti Allah juga kan? "
astaghfirullahal a'zim..merenung dan bermuhasabah sendiri bila keseorangan..adakah ana terlalu bergantung kepada manusia?

ermm..jawapan hanya ada pada ana..tapi ana yakin semua yang Allah tetapkan untuk diri ana adalah tarbiyah daripada Allah dan teguran langsung..dan ia sedikit sebanyak telah mengubah hidup ana :)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

sekadar perkongsian bila memperkatakan tentang tarbiyah, dalam halaqah ana baru- baru ini, seorang ukhti (atas permintaan nama x di sebut) memberi dan mempertontonkan satu tayangan video pada ana juga beberapa akhwat,nak di simpulkan di sini,
jika kita banyak sangat bergantung pada manusia kadang- kadang kita akan kecewa..jadi jika pergantungan kita kepada Allah 100% insya'Allah Allah akan sentiasa menjaga kita..memang susah untuk melakukan perkara ini, sebabnya kita hanyalah manusia yang kadang- kadang perlukan perhatian daripada manusia..tapi kita perlu kuat untuk cuba meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah.
Jika kita mahukan ketenangan hanya Allah yang Maha pemberi ketenangan..
Jika kita inginkan perhatian hanya Allah yang mampu memberi sepenuh perhatian...
Allah tidak akan pernah sama sekali mengecewakan hambanya..
jika kuat pergantungan kita kepada Allah, maka kuatlah kita dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan olehnya..

tapi dalam menghadapi ujian dan cabaran itu kita perlukan teman yang sentiasa mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, tentang keagungan Allah..supaya dengan itu kita tidak tersungkur ditengah jalan..kita perlukan teman yang sentiasa memperingatkan tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan...kerana kita hanyalah manusia yang pelupa..

teringat satu mesej@kata2 dari seorang ukhti :

Ukhti...
jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah,
jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta,
jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
jika diantara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera,
jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah,
dan...
jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lena ku dengan kalungan doa,
berjanjilah ukhti..
ukhuwah kita untuk selamanya ^_^

ingin berkongsi satu firman Allah yang terkesan pada diri ana..firman Allah yang maksudnya:

"Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak."

Friday, July 29, 2011

..Oh Diri..

Mendaki bukit itu amat sukar,payah,lelah..
tetapi untuk bertahan di puncaknya itu adalah lbh2 sukar,payah dan lbh2 lelah...
begitu juga utk mujahadah melakukan kebaikan daripada kemaksiatan yg terbiasa adalah amat susah..
tetapi utk trus istiqamah trhadap kebaikan itu, lbh2 lg sukar...
Ya Allah,Tuhan yg membolak-balikkn hati kami, tetapkan lah kami dlm agamaMu,atas ketaatan pdMu...



Pimpinlah aku bersamamu..Kembali kepada Allah S.W.T..
Khusnul khatimah..Ku berharap padamu..
Moga-moga pengakhirannya..
Sahabat yang kisah..T_T

Wednesday, July 27, 2011

..Di sebalik kerinduan..

Buat ukhtiku yang dikasihi kerana Allah..
seringkali ku tersenyum tiap kali kau menintakan lafaz cinta dan kasih..
Sungguh, sedalam mana kau mencintaiku, tentu kasihku padamu seluas lautan tak bertepi..
sedalam lautan tak berdasar..
namun ku tak betah menuturkannya di depanmu duhai ukhtiku..
apatah lagi membalas jawapan kasihmu itu..
kerana seringkali aku takut…
aku takut disaat aku menuturkan lafaz cinta itu..
aku tidak mampu melepaskan dikau pergi dari hidupku..

kerana…
diari seorang ukhti itu…
setiap ukhti akan datang dan pergi…
ada yang tidak akan ditemuinya berkurun lama..
ada yang akan terus hanyut dibuai lautan dunia penuh badai..
ada yang masih terus bersama, namun berada di bawah teduhan lain pula…

seringkali jalan ini mengajarku untuk berkasih seadanya, mencintai semampunya…
kerana kepahitan di saat berpisah itu terasa kesat dihati ini dan air mata yang mengiringnya tidak mampu ditanggung oleh seberkas hati kecil ini…
cukuplah cinta ini bermuara di hatiku tanpa ucapan..

biarlah senyumanku, tawaku, dan keprihatinanku padamu melukiskan kasihku yang dalam padamu…
dikaulah lilin yang menerangi hari suramku ukhtiku,
dikaulah penyejut jiwa yang terkadang mengantuk ini..
dikaulah penolak hati di kala di diri ini lemah…
sayang padamu kerana dikaulah antara yg menyelamatkan imanku…

dan aku mencintaimu sepenuh hatiku..
duhai buah hatiku yang dirindui atas cintaNya…
di saban waktu..

Ya Allah,tatkala ku sedih Kau hadirkan dirinya menggembirakan..tatkala ku gusar Kau hadirkan dirinya menenangkan..tatkala ku keliru Kau hadirkan dirinya menghuraikan,walau ku tahu Kau lah penyebab semua ini terjadi..namun hadirnya ku syukuri..alhamdulillah..

-sungguh aku rindukan saat e2..bersama murabbiyah kecintaan..bersama akhawat yg memahami..bersama sahabat seperjuangan,setiap langkah dan kenangan bersama e2 akn aku simpan,insyaALLAH-


p/s -terkesan dgn sa2 ayat yg d share oleh ukhti ummi "..bukan kau yg slh bila ku rasa kau sudah melupakanku,tapi kerana ku yg salah kerana biarkan imanku tiada tempat di hati.." -

Ukhti,
..bantu aku - merealisasikan cinta itu..


Tuesday, July 26, 2011

..Antara rasa dan Tahu..

    • kite selalu rase..

      yg dia x ingat pown kat kte..kite je ingat kt kte..

      tp sebenarnye..

      kte x sedar kte pn selalu suudzon kat dia..

      kita x tahu....

      kalu sebenarnye dye sentiase ingat kat kte stiap mase..cume kte mmg x tau..

      kite selalu rase..

      dye nih iklas x nk kwn ngan kte..cam x pown..

      tp sbenarnye..

      kte ni x perasan, yg kte x tunjukkan keikhlasan nk kwn ngan dye

      kita x tahu...

      dia tak kesah pown..dia sentiase ikhlas nk kwn ngan kte, walaupun dia pn tak pasti kte nih ikhlas tak kt dia..

      kte selalu rasa...

      dia nih khianati kite..

      tp sbnrnye..

      kdg2 kte tak prasan yang..kite pn ter'buat perkara2 yg mengkhianati dia...

      kita tak tahu...

      dia tak kesah pon...dia still maafkan kte..

      kte selalu rase..

      kite je buat baek kat dia...

      tapi sebenanye..

      kte selalu x prasan yg selame nih, dia lagi byk buat baek kt kite...

      kita tak tahu...

      yela sbb kte tak sedar dan tak tau kan..hrmm..

      kte dan dia...sering tersalah sangke..

      T_T

..Ayat - ayat cintaNya..


suka utk berkongsi ayat ni..Bila baca ayat ni, terasa hati bergetar..
bila rasa jauh, ayat ini penawar hati..

{Surah As-Saff : 10-13}

-silalah mmbuka tafsir Quran anda-^_^


Allah, Maha Agung, Maha Hebat, Maha Pemurah.

Dengan segala apa yang diberikannya pada kita, tanpa bayaran.

Anggota badan? Tak payah bayar.
Langit n bumi? Free jek..
Makanan? Makan laa apa2 pun. Cuma siiikit je yang tak boleh makan.

Dengan semuanya free,
Dia menawarkan pula satu perdagangan (trade). (Ya Allah, sungguh, Kau Maha Pemurah!)
Jika dilakukan, ganjaran yang ditawarkan SANGAT HEBAT!

1. Terselamat dari azab siksa neraka.
2. Dosa-dosamu diampunkan
3. Dijanjikan syurga yang terdapat sungai mengalir dibawahnya.

Anda berminat?
-tepuk dada tanya Iman-

Ketahuilah,
Perdagangan yang dimaksudkan oleh Allah ialah,
1. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.


Sahabatku, Allah tak menjanjikan ‘perdagangan’ ini mudah.
Pasti melibatkan rasa sedih, kecewa, hati hancur dan gundah gulana, air mata yang berliter2, harta, titisan darah, luka yang mendalam…..

Tapi yakinlah, sahabat,teman, juga akhawat fillah.
Andai kita berjuang habis2an,
Syurga itu menjadi tempat untuk kita berehat. Berehat selama2nya.
Sebarkanlah pada semua. khabarkan tentang islam pada mereka. ceritakan tentang manisnya islam ini, nikmatnya hidayah pemberianNya.

jangan berhenti. walau rasa perit.
Sekalah air matamu wahai syabab!
Jalan juang memanggil kita!

Sabda Rasulullah saw :
“Sebaik-baik sahabat adalah, orang yang bila engkau melihatnya, menjadikan kamu mengingati Allah”.

alhamdulillah3x..to have such a great akhawat, yang sentiasa bersamaku..

Sunday, July 24, 2011

..Nota Kehidupan Dengan Amal..

bila tibanya musim cuti..jangka masa itu bukanlah sekejap bukanlah lama..namun hati ini berbisik sendiri... Merasai betapa kontangnya kemarau iman ini, maka memang tepatlah masanya persoalan ini datang..

Cuti dan rehat...mutabaah amal macam mana?

Mutabaah pun nak rehat juga!

Astaghfirullah. Teringat disaat liqa' kami. Bersama murobbi dan akhwat tercinta. Soal mutabaah amal tidak pernah ada noktahnya. Kalau yang kurang akan ditambah, yang sedia ada akan di upgrade lagi. Itu bila kami bersama, ukhuwwah dan bi'ah solehah mengikat hati-hati ini, merumpunkan dalam segelung nilai tarbiyyah.

Namun jiwa kita tetap manusiawi. Iman kita ada naik dan turunnya. Bila mana akhwat berjauhan, urusan tarbiyyah tergendala bak berkurun lamanya, biarpun hanya seminggu dua pada hakikatnya. Maka soalnya pada mutabaah kita. Bukan pada amal, tapi pada pelaksana iaitu kita sendiri.

Mutabaah bukan amal nilai kosong.

Bila musim exam ada alasannya. Bila cuti dan masa terluang pun ada juga alasannya!

Sampai bila nak maju sis!?

Disaat dan ketika ini, yang perlu adalah muhasabah diri pada apa disandarkan iman dan amal kita. Pada bi'ah? Pada ukhuwwah? Pada murobbiah?

Biarlah amal itu bersandar pada iman. Iman kita subur dengan gerak kerja da'wah, bila segala-galanya hanya untuk da'wah. Dengan itu amal berkadar terus seiringan kekuatan iman. Usah lagi risau dengan kekontangan amal, andai iman sentiasa dibasahi dengan tarbiyyah, disuburi dengan gerak yang tidak pernah ada putusnya.

Da'wah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka berIMAN dengan Allah dan akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan RasulNya...

[Syeikh Abul al-'Ala al-Maududiyy]


Mutabaah bukan amal kosong. Mutabaah amal perlu menjadi benih yang menyuburkan rasa istiqomah, meningkatkan darjat mujahadah.

Rasa sunyi tidak patut membuatkan amal goyah. Kiranya betul imannya, maka akan betul caranya. Masakan uzlah itu satu method membaik pulih amal, padahal uzlah menuju kesunyian, tapi pada kebenarannya ia membina riuhnya iman.


Have I done this and that? Our daily checklist~





solah fardhu - on time
solah rawatib - before and after the fardhu prayer
solah dhuha - every morning
tilawah Qur’an - min 4 pages a day
Qiamullail - min 2/week
fasting - 2/week
sadaqah - 1/week (even a few cents)

Mutabaah bukan amal kosong. Isinya mutabaah amal itu adalah jawapan kepada persoalan, untuk apa aku hidup dalam tarbiyyah? Itu hasilnya liqa' yang kita selusuri, yang kita perah untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, liqa' kita hanyalah seperti kelas-kelas agama, duduk-duduk, sembang-sembang..Catatan mutabaah amal sekadar catatan kedatangan yang tiada ertinya.

Tekadkan hati,besarkan jiwa..ayuh kita tanam cita-cita tinggi. Jadikan cuti ini manfaatnya bukan pada perut-perut yang bakal kekenyangan, pada mata-mata yang lagha dengan tatapan hiburan dan nafsu. Tapi cuti ini satu medan amal yang luasnya perlu diisi dengan kesungguhan!

Fastaqim kama umirta... Hembusan satu azam.. Dengan izinNya.



'Hammuka ala qadari ma ahammak'

'Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan'

..Hatimu Dan Hatiku..













Sahabat, ingatlah… aku rindu…
Saat manis kita ketawa bersama…
Saat pahit kita menangis berdua…
Jangan kau meletakkan tembok di antara kita…
Tembok yang bisa memusnahkan segala…

Sahabat, ingatlah… aku kecewa…

Di saat engkau tidak menghiraukan…
Di waktu engkau mengasingkan…
Ketika itu, bulan tidak berseri…
Cengkerik turut menyepi…

Sahabat, ingatlah… aku berharap…
Agar kau tidak menjauh…
Agar kau tidak mudah rapuh…
Tidak kira sekuat mana badai melanda…
Kita pasti tetap BERSAMA…

*UKHUWAH*

UKHUWAH..... TERLALU INDAH DIUNGKAPKAN DAN TERLALU MANIS PABILA DIHIASI DENGAN KASIH SAYANG KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.. UKHUWAH.. TIDAK SEMUA MANUSIA MENGHARGAI SEBUAH UKHUWAH TERSEBUT..KEKADANG..KERANA SEBUAH UKHUWAH,AIR MATA SERING MENITIS KERANANYA.. UKHUWAH.. UKHUWAH ITU TERLALU BERERTI BUATKU YA ALLAH.... RAHMATILAH DAN REDHAILAH UKHUWAH KAMI..

Thursday, July 21, 2011

..Detik yang berlalu..

merenung kembali apa yang telah dilalui selama bergelar mahasiswa ,telah banyak yang berubah.. dari seorang yang menjaga adab dalam pergaulan, menjaga cara pertuturan, berpakaian dan sangat menjaga masa dengan pencipta..akhirnya berubah mengikut suasana sekeliling. semakin hari semangat juang dan cita-cita untuk menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah semakin sirna.. adakalanya hingga terlupa langsung matlamat dan tujuan utama berada di sini,seperti ingin lari daripada bersama mereka-mereka yang amat dikagumi kerana kesungguhan dan perjuangan mereka demi mendaulahkan Islam tercinta..

kenapa??? apa sebenarnya yang berlaku.. kenapa memilih jalan yang salah sedangkan jalan yang benar terbentang luas di depan mata.. kenapa masih lagi tidak mahu kembali sedangkan telah banyak bukti yang Allah telah berikan bahawa sesungguhnya hanya dengan berpegang pada hukum Allah maka hidup akan sejahtera dan selamat.. apakah tidak cukup bukti lagi atau takut mempuh susah dalam perjuangan.. bukan baru semalam kenal apa itu perjuangan.. bukan baru sehari dua sama2 merasa susah dalam perjuangan.. tapi kenapa hati tidak kuat untuk teruskan apa yang telah di mulakan.. apakah wasilah yang dipilih sebelum ini salah.. apakah manhaj2 yang digunakan bercanggah dengan hukum Allah.. atau apakah marhalah tarbiyyah yang ada tidak mencukupi untuk membuatkan diri kuat dan mantap.. atau apakah segala yang dilakukan sebelum ini dirasakan menyeksa, mendera fizikal dan mental.???

berbincang dengan seorang teman.. meluahkan apa yang terdetik dalam hati..aku lalu bertanya..dan berlanjutan sehingga....

-"kenapa terlalu lama diam, kenapa tawaquf?"
_"masalah hati,termakan hasutan nafsu"
-"sampai bila nak biarkan hati dan nafsu yang mengawal rasional akal dengan iman?"
_"tidak mahu begini selamanya.. rindu pada sahabat2 dan perjuangan"
-"benarkah? atau mula merasa sunyi bila tiada kawan2?"
_" entah.. tapi ada sesuatu yang seperti tidak lengkap"
-"apa?"
_"rasa jauh dari Allah..jauh sangat...kadang2 kosong ja jiwa ni.. gersang dek kerana dosa yang terlalu banyak"
-"bertaubatlah.. Allah kan maha menerima taubat"
_"hutang dengan Allah masih mampu usahakan untuk bayar.. dan itu urusan sendiri dengan Allah... moga Allah ampunkan keterlanjuran ini..tapi hutang dengan sahabat2.. salah dengan sahabat2 bagaimana?"
-"sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu berlapang dada terhadap sahabatnya.. sahabat yang akan selalu ada tika susah mahupun senang.. mereka tidak pernah membuang sahabat mereka sebaliknya kita ni yang mungkin menghidari mereka.."
_"ermm.."
-"kembalilah.. Islam tidak rugi apa2 jika orang2 seperti kita ini tidak mahu menjadi generasi penerus mata rantai perjuangan rasulullah.. tapi kitalah yang akan rugi jika agama dan perjuangan ini kita tolak tepi.." kitalah manusia yang akan termasuk golongan2 orang yang akan dilaknat Allah kerana tidak melakukan apa yang kita perkatakan.. nauzubillah"
-"tapi bagaimana caranya ingin kembali.. hati lebih cenderung kepada nikmat berbanding kesusahan"
_"sifat manusia biasa .. menyukai benda2 yang seronok, sedap dan membahagiakan sahaja.. tapi berbaloikah semua itu jika nanti jasad yang ada ini dibakar api di jahannam sana?"
-"tak sanggup"
_"kembalilah.. sungguh Allah itu maha pengampun.. Allah itu maha pemurah.. anggaplah segalanya ini ujian buat diri sendiri... kembalilah sementara masih ada rasa getar dalam hati bila nama Allah disebut.. kembalilah sementara masih ada getar saat mendengar tentang kiamat dan kisah-kisah perjuangan rasulullah dan para sahabatnya.. jika nanti bila hati telah mati.. tidak lagi ada rasa ingin kembali.. semakin sukar.. semakin jauhlah dengan Allah.. mahu jadi begitu?"

..sepanjang empat hari berada di uitm N9..hati tidak henti2 memikirkan sahabat yg ditinggalkan d medan e2.. hati tak henti2 meminta "wahai tuhan yang membolak balikkan hati.. tetapkanlah hatiku dalam agamaMu....Wahai tuhan yang membolak balikkan hati.. tetapkanlah hatiku dalam agamaMu.."
-"tidak.. tidak sekali-kali.."

menangis ... dan menangis.. hanya Allah yang tahu betapa sayu hati ini.. telah jauh sahabat2 ditinggalkan.. namun masih lagi Allah beri peluang merasai kasih sayang dan perhatian dari seorang sahabat.. telah lama tidak mengadu dengan Allah.. masih lagi Allah berikan nikmat seorang sahabat yang baik hati yang sanggup memujuk agar dikuatkan semangat untuk terus sabar dan bertahan dengan perjuangan.. Ya Allah sungguh engkau tidak pernah meninggalkan hambaMu sendiri..

doaku.. agar aku dan kalian akn terus berada dalam perhatian Allah.. doakan aku wahai sahabat2.. sungguh ingin kembali bersama2 kalian mengecap pahit dan pedihnya perjuangan.. semoga akan ada lagi peluang kedua untuk diri yang hina ini.. Allahu akbar..buatmu teman~

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers