Blogger Backgrounds

Sunday, July 31, 2011

..Saya Kuat Kerana ALLAH..

Assalamualaikum semua..harapnya semua sihat2 dan sentiasa berada dalam redha dan rahmatNYA..

Ana baru sahaja habis membaca blog seorang akhawat...yang mana kata2nya tu memberi satu pukulan yang hebat pada diri ana..tiba2 ana terus teringat pada satu blog yang ana terbaca dari seorang ukhti baru - baru ni..bunyinya begini " walaupun Allah anugerahkan kita antara satu sama lain, tapi pergantungan kita yang utama pastikan pada Allah. Tempat kita mengadu yang utama, mesti pada Allah kan? tempat kita nak mintak tolong, pasti Allah kan? dan tempat kita nak bermanja yang utama, pasti Allah juga kan? "
astaghfirullahal a'zim..merenung dan bermuhasabah sendiri bila keseorangan..adakah ana terlalu bergantung kepada manusia?

ermm..jawapan hanya ada pada ana..tapi ana yakin semua yang Allah tetapkan untuk diri ana adalah tarbiyah daripada Allah dan teguran langsung..dan ia sedikit sebanyak telah mengubah hidup ana :)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

sekadar perkongsian bila memperkatakan tentang tarbiyah, dalam halaqah ana baru- baru ini, seorang ukhti (atas permintaan nama x di sebut) memberi dan mempertontonkan satu tayangan video pada ana juga beberapa akhwat,nak di simpulkan di sini,
jika kita banyak sangat bergantung pada manusia kadang- kadang kita akan kecewa..jadi jika pergantungan kita kepada Allah 100% insya'Allah Allah akan sentiasa menjaga kita..memang susah untuk melakukan perkara ini, sebabnya kita hanyalah manusia yang kadang- kadang perlukan perhatian daripada manusia..tapi kita perlu kuat untuk cuba meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah.
Jika kita mahukan ketenangan hanya Allah yang Maha pemberi ketenangan..
Jika kita inginkan perhatian hanya Allah yang mampu memberi sepenuh perhatian...
Allah tidak akan pernah sama sekali mengecewakan hambanya..
jika kuat pergantungan kita kepada Allah, maka kuatlah kita dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan olehnya..

tapi dalam menghadapi ujian dan cabaran itu kita perlukan teman yang sentiasa mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, tentang keagungan Allah..supaya dengan itu kita tidak tersungkur ditengah jalan..kita perlukan teman yang sentiasa memperingatkan tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan...kerana kita hanyalah manusia yang pelupa..

teringat satu mesej@kata2 dari seorang ukhti :

Ukhti...
jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah,
jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta,
jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
jika diantara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera,
jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah,
dan...
jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lena ku dengan kalungan doa,
berjanjilah ukhti..
ukhuwah kita untuk selamanya ^_^

ingin berkongsi satu firman Allah yang terkesan pada diri ana..firman Allah yang maksudnya:

"Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak."

No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers