Blogger Backgrounds

Wednesday, July 27, 2011

..Di sebalik kerinduan..

Buat ukhtiku yang dikasihi kerana Allah..
seringkali ku tersenyum tiap kali kau menintakan lafaz cinta dan kasih..
Sungguh, sedalam mana kau mencintaiku, tentu kasihku padamu seluas lautan tak bertepi..
sedalam lautan tak berdasar..
namun ku tak betah menuturkannya di depanmu duhai ukhtiku..
apatah lagi membalas jawapan kasihmu itu..
kerana seringkali aku takut…
aku takut disaat aku menuturkan lafaz cinta itu..
aku tidak mampu melepaskan dikau pergi dari hidupku..

kerana…
diari seorang ukhti itu…
setiap ukhti akan datang dan pergi…
ada yang tidak akan ditemuinya berkurun lama..
ada yang akan terus hanyut dibuai lautan dunia penuh badai..
ada yang masih terus bersama, namun berada di bawah teduhan lain pula…

seringkali jalan ini mengajarku untuk berkasih seadanya, mencintai semampunya…
kerana kepahitan di saat berpisah itu terasa kesat dihati ini dan air mata yang mengiringnya tidak mampu ditanggung oleh seberkas hati kecil ini…
cukuplah cinta ini bermuara di hatiku tanpa ucapan..

biarlah senyumanku, tawaku, dan keprihatinanku padamu melukiskan kasihku yang dalam padamu…
dikaulah lilin yang menerangi hari suramku ukhtiku,
dikaulah penyejut jiwa yang terkadang mengantuk ini..
dikaulah penolak hati di kala di diri ini lemah…
sayang padamu kerana dikaulah antara yg menyelamatkan imanku…

dan aku mencintaimu sepenuh hatiku..
duhai buah hatiku yang dirindui atas cintaNya…
di saban waktu..

Ya Allah,tatkala ku sedih Kau hadirkan dirinya menggembirakan..tatkala ku gusar Kau hadirkan dirinya menenangkan..tatkala ku keliru Kau hadirkan dirinya menghuraikan,walau ku tahu Kau lah penyebab semua ini terjadi..namun hadirnya ku syukuri..alhamdulillah..

-sungguh aku rindukan saat e2..bersama murabbiyah kecintaan..bersama akhawat yg memahami..bersama sahabat seperjuangan,setiap langkah dan kenangan bersama e2 akn aku simpan,insyaALLAH-


p/s -terkesan dgn sa2 ayat yg d share oleh ukhti ummi "..bukan kau yg slh bila ku rasa kau sudah melupakanku,tapi kerana ku yg salah kerana biarkan imanku tiada tempat di hati.." -

Ukhti,
..bantu aku - merealisasikan cinta itu..


No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers