Blogger Backgrounds

Monday, February 27, 2012

..Sahabat Syurga..



Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful

Wanita adalah perhiasan dunia dan seindah-indah perhiasan adalah perempuan yang solehah"
-HR Muslim-

wahai akhwat,
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pepohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kamu api.

wahai akhwat,
Jadilah sebaik-baik dan semulia-mulia hamba.
Sebaik-baik manusia ialah yang diharap kebaikannya dan terlindung dari kejahatan.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adan merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


wahai akhwat,
hiduplah seperti lilin yang mampu menerangi orang lain dan janganlah hidup seperti duri, mencucuk diri dan menyakiti hati insan lain.
Teruslah berfikir tentang dirimu dan seterusnya umatmu. Jika satu ummah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

Wednesday, February 1, 2012

..Doaku Buat Sahabat..




Ya
Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Kau ampunilah dosaku yg telah kubuat,
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal,
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku drpd kata² nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Ya Allah,
Sekiranya sahabat²ku ini adalah sahabat² yg akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya,
Limpahkanlah aku dgn sifat terbuka & tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan,
Sekiranya sahabat²ku ini adalah yg terbaik utkku di duniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata²ku drpd menyakiti perasaannya,
Sekiranya sahabat²ku ini sahabat yg dirahmati olehMu,
Maka,
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya,
Tetapi,
Sekiranya sahabat²ku ini ditakdirkan bukan utk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...

Ya Allah,
Sekiranya sahabat²ku tergoda dgn keindahan duniaMu,
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya,
Sekiranya sahabat²ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan Mu utk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya sahabat²ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena...

Ya Allah...
Kau Yg Maha Megetahui apa yg terbaik utkku,
Kau juga Yg Maha Mengampuni segala kesilapan & ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai hamba,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai daie,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai khalifah,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu...

Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah,
Kuatkan hati & semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku yg disenangi sahabat²,
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi hamba yg solehah,
Hanya padaMu Ya Allah kupohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru,
Kerana aku leka dgn keindahan duniamu,
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...


Ya Allah,
Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi SAHABAT yg dirahmati,
SAHABAT yg dikasihi,
SAHABAT yg solehah,
SAHABAT yg sentiasa di hati...

Amin...
Amin Ya Rabbal Allamin...

Tuesday, January 24, 2012

..Senyumlah!..


Senyumanlah yang selalu menjadikan seseorang itu disayangi dan tak pernah dibenci. Senyuman selalu mengubah hati seseorang yang dahulunya musuh ketat menjadi teman yang setia.

Ketika keseorangan, senyuman dapat membantu meningkatkan keyakinan diri. Ketika disisihkan, senyuman dapat menjadi teman hati yang setia. Ketika dipinggirkan, senyuman dapat menjadi penawar kesedihan hati.


Senyuman tak pernah pun menipu sebab ia tak pandai menipu, kita semua dapat lihat perbezaan antara senyuman yang jujur dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat. Senyuman tak pernah pun menyakitkan hati seseorang melainkan orang itu sendiri yang tak pernah menghargai erti sebuah senyuman.....

Senyumanlah sedekah yang paling mudah, jangan pernah memandang kecil sebuah senyuman kerana tanpa satu senyuman dunia ini hilang cerianya...(^___^)

Monday, January 23, 2012

..Doaku..

Bismillah, dengan menyebut nama MU Ya Allah...
yang hidupku ada ditangan MU...
yang hatiku dalam ke-Maha Kuasa-an MU..
yang jalan hidupku berkahir pada ke-Maha Adil dari takdir MU...

Ya Rabb... dengan izin MU, kan kulangkahkan kakiku...
Yang kuharap, kupinta kepada MU yang Maha Kaya,
Mudahkan aku dalam menghadapi putusan takdir MU,
Kuatkan hati lemah ini hadapi putusan takdir MU,
apapun itu, kuyakini yang terbaik untukmu,
kerana sungguh aku makhluk lemah...
amin, Allahumma amin....
T_T

*Detik-detikku, menyeret lambat tubuhku

Saturday, December 24, 2011







Sayangi dia dengan hati , bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke ke semasa ^__^ ~ "♥"

hati ini anugerah dari Dia, perasaan yang hadir diberikan untuk dia adalah pemberian dari Dia... Jagalah hati ini agar tidak tersasar dari Dia..wallahua'lam..
Sesungguhnya aku amat mencintaimu dan berasa bahagia melihat wajahmu..♥♥♥

-Terima seadanya.. 'diriku n dirimu'..sling menguatkan.. Ya Allah, permudahkan urusan kami menuju ke jalanMu dan menyempurnakan amanahMu.. dan sunnah Rasulullah s.a.w insya-Allah... cintaku padamu... ♥♥♥
-buat ukhti yg disayangi-

Wednesday, December 14, 2011

..Dalam Diam..

Dalam diam sebenarnya ku memperhatikanmu
Dalam diam, kusimpan rasa ini
Dalam diamku, bukan berarti ku tak menyukaimu, tapi ku tak ingin satu ucapan dariku membuatmu dan diriku jadi salah tingka dan mengganggu pikiran dll
Ku tak ingin bayang-bayangmu dan diriku hadir disetiap waktu dalam kehidupan kita.
... ...
Cukuplah diriku dan Allah yang tau, jika memang Allah telah mencatatkan dirimu untukku, tanpa ku ungkapkan perasaanku dirimu akan tetap menjadi milikku, begitupun sbaliknya.

Meskipun ku mengagumimu berawal dari sebuah tulisan yang membawa berkah buat smua.

Dengan kelebihanmu, dirimu tidak pernah mencoba menarik perhatian kaum wanita, termasuk juga diriku. Sungguh beruntung seorang wanita bisa menjadi bidadari dihatimu dan istana kecilmu yang penuh barokah, Aamiin insyaAllah.

Sunggu ku merasa beruntung bisa mengenalmu, sekalipun skg ku hanya bisa mengagumimu dalam diamku. Smuanya ku serahkan kepada Allah, karna kuyakin Dia maha tau yg terbaik buat hambanya. ^^

Saturday, December 3, 2011

..Refresh CINTA mu..


Ya Allah
Ya Rahman ya Rahim
Bagi Mu segala pujian
Engkau pemilik sekalian langit dan bumi
Engkau pemilik nyawa ku ini
Janji2 mu adalah benar
Bertemu dengan mu adalah benar
Sesungguhnya syurga Mu itu benar
Neraka mu itu benar
Azab siksa mu itu benar
Maafkanlah segala kekuranganku, Ya Allah.





Saat ini aku mengadu pada-Mu
Merintih di riba-Mu
Untuk hatiku yang kelam…
Untuk Jiwaku yang sakit…

Ya Allah.. apakah amalan ku selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana?

Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan ku selama?

Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada MU Ya Allah….

Apakah ENGKAU sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…,

kecilnya diri insan bila menyedari bahawa aku

aku hanya seorang hamba.

Bagaimana ingin ku pulangkan kembali segala apa yang dipinjamkan MU di dunia ini

dalam keadaan sempurna?

Malunya untuk ku berhadapan dengan MU ya Allah

dengan keadaan ku yang penuh dengan dosa ini…..

Mengapa sukar untuk aku meninggalkan kemaksiatan?

Mengapa aku membiarkan diri ku terus berada dalam dosa

sedangkan aku tahu ya Rabb

bahawa segala yang dijanjikan MU adalah benar

yakni nikmat MU

dan azab MU

aku tahu ya Allah akan dosa dan pahala,

tetapi aku sering tidak mengendahkannya.

aku sedar akan adanya kematian,

tetapi mengapa aku sering melupakannya.

aku juga sedar dunia ini hanya sementara

tetapi aku

aku sering tertipu dengan buaian dunia

apaBila aku mendapat kejayaan dan nikmat,

jarang sekali aku mengucapkan syukur kepadaMU

seolah-olah

aku perolehnya dengan usaha ku sendiri semata-mata.

Astagfirullahal azim





Ya Allah

Sesungguhnya aku yakin engkau sedang mendengar rintihan ku ini

Ya rabbi

Seandainya ini adalah hari terakhir hidupku
maka terimalah taubatku ini kerana begitu banyak dosa yang telah aku lakukan...



Wahai diri..

Mengapa engkau terlalu angkuh kepadaNya….

mengapa aku jadi sebegini jahil sedangkan aku sedar diriku ini lemah…

tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya.

Sedarlah wahai diri, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini

melainkan hanya penderitaan semata-mata

jika engkau tidak beriman kepadaNya.


Ya Allah

Di ketika ini

Ku Dekatkan diri ku pada mu….

Ku kembalikan hati ku ini

sesungguhnya aku yakin

Engkau sentiasa bersama ku

biarpun dalam suka mahupun duka.


Wahai diri,
dunia ini ibarat sebuah neraka

kerana di dalamnya dipenuhi banyak manusia yang melakukan maksiat,

terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari kederhakaan manusia sendiri,

terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia.

Tidakkah kau sedar wahai diri?


“Ya Allah Ya Tuhan ku

tunjukilah aku ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati,

bimbinglah hamba MU yg lemah ini

dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ,

janganlah Engkau membiarkan aku tersungkur tanpa pertolonganMu,

jangan Engkau biarkan aku sesat dan terus hilang dari petunjukMu,

sesungguhnya

aku insan yang lemah lagi hina ya Allah,

tiada tempat untuk aku mengadu melainkan kepadaMu,

sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

tetapkanlah hatiku,

hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu

dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman ya Rahim,

setiap nafas ku,

hanya milikMu…

kerana aku tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan aku kembali kepadaMu,

pasti

pasti tiada apa yang dapat menghalangMu,

Cuma aku memohon ya Rabb…..

Terimalah aku kembali kepadaMu

dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah aku lakukan di dunia ini,

Sesungguhnya aku sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor,

aku juga malu atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan.

pimpinlah aku ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan aku kepadaMu

sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu.

Sesungguhnya jiwa ku serik akan duniaMu ini,

Jiwa ku serik untuk berjauhan denganMu

kerana aku sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi ku.

Ya Allah, dengarlah rintihan hamba MU ini,

aku merayu padamu Ya Allah

aku ingin mencintai

maka kurniakanlah jiwa ku perasaan cinta kepadaMu,

aku juga ingin dicintai

maka cintailah diri ku sepertimana Engkau mencintai kekasihMu


kurniakanlahjiwa ku kemanisan iman itu,

yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..


terimalah segala amal ku dan kurniakanlah diri ku darjat yang tinggi di sisimu,

layakkan hamba Mu ini memiliki singgahsana syurgaMu

layakkanlah juga aku untuk bertemu dengan MU….

Kan ku tunggu pertemuan itu ya Allah..

Pertemuan abadi antara aku dengan diri MU…

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers