Blogger Backgrounds

Saturday, December 3, 2011

..Refresh CINTA mu..


Ya Allah
Ya Rahman ya Rahim
Bagi Mu segala pujian
Engkau pemilik sekalian langit dan bumi
Engkau pemilik nyawa ku ini
Janji2 mu adalah benar
Bertemu dengan mu adalah benar
Sesungguhnya syurga Mu itu benar
Neraka mu itu benar
Azab siksa mu itu benar
Maafkanlah segala kekuranganku, Ya Allah.





Saat ini aku mengadu pada-Mu
Merintih di riba-Mu
Untuk hatiku yang kelam…
Untuk Jiwaku yang sakit…

Ya Allah.. apakah amalan ku selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana?

Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan ku selama?

Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada MU Ya Allah….

Apakah ENGKAU sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…,

kecilnya diri insan bila menyedari bahawa aku

aku hanya seorang hamba.

Bagaimana ingin ku pulangkan kembali segala apa yang dipinjamkan MU di dunia ini

dalam keadaan sempurna?

Malunya untuk ku berhadapan dengan MU ya Allah

dengan keadaan ku yang penuh dengan dosa ini…..

Mengapa sukar untuk aku meninggalkan kemaksiatan?

Mengapa aku membiarkan diri ku terus berada dalam dosa

sedangkan aku tahu ya Rabb

bahawa segala yang dijanjikan MU adalah benar

yakni nikmat MU

dan azab MU

aku tahu ya Allah akan dosa dan pahala,

tetapi aku sering tidak mengendahkannya.

aku sedar akan adanya kematian,

tetapi mengapa aku sering melupakannya.

aku juga sedar dunia ini hanya sementara

tetapi aku

aku sering tertipu dengan buaian dunia

apaBila aku mendapat kejayaan dan nikmat,

jarang sekali aku mengucapkan syukur kepadaMU

seolah-olah

aku perolehnya dengan usaha ku sendiri semata-mata.

Astagfirullahal azim





Ya Allah

Sesungguhnya aku yakin engkau sedang mendengar rintihan ku ini

Ya rabbi

Seandainya ini adalah hari terakhir hidupku
maka terimalah taubatku ini kerana begitu banyak dosa yang telah aku lakukan...



Wahai diri..

Mengapa engkau terlalu angkuh kepadaNya….

mengapa aku jadi sebegini jahil sedangkan aku sedar diriku ini lemah…

tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya.

Sedarlah wahai diri, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini

melainkan hanya penderitaan semata-mata

jika engkau tidak beriman kepadaNya.


Ya Allah

Di ketika ini

Ku Dekatkan diri ku pada mu….

Ku kembalikan hati ku ini

sesungguhnya aku yakin

Engkau sentiasa bersama ku

biarpun dalam suka mahupun duka.


Wahai diri,
dunia ini ibarat sebuah neraka

kerana di dalamnya dipenuhi banyak manusia yang melakukan maksiat,

terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari kederhakaan manusia sendiri,

terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia.

Tidakkah kau sedar wahai diri?


“Ya Allah Ya Tuhan ku

tunjukilah aku ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati,

bimbinglah hamba MU yg lemah ini

dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ,

janganlah Engkau membiarkan aku tersungkur tanpa pertolonganMu,

jangan Engkau biarkan aku sesat dan terus hilang dari petunjukMu,

sesungguhnya

aku insan yang lemah lagi hina ya Allah,

tiada tempat untuk aku mengadu melainkan kepadaMu,

sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

tetapkanlah hatiku,

hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu

dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman ya Rahim,

setiap nafas ku,

hanya milikMu…

kerana aku tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan aku kembali kepadaMu,

pasti

pasti tiada apa yang dapat menghalangMu,

Cuma aku memohon ya Rabb…..

Terimalah aku kembali kepadaMu

dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah aku lakukan di dunia ini,

Sesungguhnya aku sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor,

aku juga malu atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan.

pimpinlah aku ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan aku kepadaMu

sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu.

Sesungguhnya jiwa ku serik akan duniaMu ini,

Jiwa ku serik untuk berjauhan denganMu

kerana aku sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi ku.

Ya Allah, dengarlah rintihan hamba MU ini,

aku merayu padamu Ya Allah

aku ingin mencintai

maka kurniakanlah jiwa ku perasaan cinta kepadaMu,

aku juga ingin dicintai

maka cintailah diri ku sepertimana Engkau mencintai kekasihMu


kurniakanlahjiwa ku kemanisan iman itu,

yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..


terimalah segala amal ku dan kurniakanlah diri ku darjat yang tinggi di sisimu,

layakkan hamba Mu ini memiliki singgahsana syurgaMu

layakkanlah juga aku untuk bertemu dengan MU….

Kan ku tunggu pertemuan itu ya Allah..

Pertemuan abadi antara aku dengan diri MU…

No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers