Tuesday, August 23, 2011
..Bicara Sendiri..
Bismillahhirrahmannirrahim...
Di saat aku bersendirian….
Aku mencari dimanakah diriku yang sebenar….
Aku semakin lalai dengan dunia…
Sedangkan aku tahu bahawa hidup ini dah x lama….
Aku tenggelam dengan godaan nafsu yang menipu…
Ya Allah,kau pertemukan aku kembali dengan cintaMU….
Kerana Aku pernah merasakan kemanisan bertemu dengan cintaMU…
Ia sangat manis….
Tapi kini aku makin hanyut…..
Dibawa arus yang kencang….
Sangat kencang…..
Ya Allah………………………..
Aku sangat berharap semoga kau pertemukan aku kembali dengan cinta MU yang banyak mengajarku erti kehidupan seorang muslim yang sejati…..
Aku rindukan mujahadahku…….
Aku tidak sanggup digelar manusia yang rugi….
Aku takut Ya Allah andai murkaMU mengiringi langkahku pulang ke pangkuan Mu…
Mengapa hatiku keras untuk menangisi dosa2 ku….
Ampunkanlah diri ini Ya Allah….
Kerana kelalaian ku untuk mengingatiMU setiap waktu yang kau Berikan kepadaku…
Mengapa sukar untuk aku memperoleh cinta dari NYA…..
Mampukah aku memperolehinya….
Ya Allah..peluklah diri ini,
Aku sangat mengharapkan pelukan dari MU…
Kerana aku tidak sanggup menghadapi hidup ini seorang diri….
Bantulah aku dalam mengajak semua orang yang aku sayang mengenali cintaMU…
Berilah aku kekuatan…
Tanamkanlah ketabahan dalam hatiku ini,
Semaikanlah benih2 cinta Mu dalam sanubariku,
Semoga aku terus berusaha untuk mengecapi cintaMU….
Sunday, August 21, 2011
..Hati-hati Menjaga Hati..
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya, walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya…
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..
Sebesar-besar dosa itu adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya, (imam ghazali)
dari melihatmu gembira dalam kelalaian..
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan.
dari hidup dalam kesesatan..
supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran.
Setiap yang payah itu ada kesenangan,
pasti tidak dapat dicapai walaupon sudah dalam genggaman…
Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
kemudian Dia datangkan guruh.
Puas kita menangis mencari di mana mentari kita..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah…
..Benar..
Benar, kita perlu rasa susah, untuk rasa senang,
Benar, perlu mengharung onak duri,sebelum melintasi jalan yang selamat,luas x bertepi,
Benar, perlu sesekali rasa perit di bawah,untuk belajar bersyukur bila berada di atas,subhanallah,
benar, perlu jatuh ke bawah seorang diri,sebelum gagah kembali berdiri,
Benar, perlu jumpa orang-orang yang menguji kesabaran dan hati,untuk Allah pertemukan orang yang menjadi penyejuk hati di kemudian hari,
Benar, perlu diuji keimanan,sebelum dinilai sebab kita tahu sukarnya cabaran akhir zaman,
Benar, sekali berpaling kerana dosa,untuk kembali itu sakit kerana sesalan tidak terhingga,
Benar, pahitnya berjuang di jalan Tuhan,sebelum kita merasa manisnya ganjaran di penghujung jalan.
Benar, Kehidupan ini sementara,untuk kita mengejar akhirat yang selamanya..
Allah itu Maha Pengampun,diampunkan dosa hambaNya yang seluas lautan,Allah itu Maha Penyayang,diberikan nikmat walaupun iman di dada senipis kulit bawang,Allah itu Maha Kuasa,ditentukan urusan serta takdir supaya hambaNya berusaha & tidak lepa,Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!
Monday, August 15, 2011
..Pahit Itu Manis..
Lihat? Allah Maha Mengetahui smuanya...dan benda2 yang pahit kita rasakan.. Allah lebih tahu..percayalah..yakinlah pda Allah...kebahagian itu datang dariNya...~
Sentiasa lah ingat Allah yang mengatur hidup kta. Walaupun pahit pasti ada hikmah di sebaliknya.Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas kesedihan pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu..Dan MENGGANTIKANNYA dgn rancangan yg lebih BAIK..Kerana DIA lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..
InsyaAllah, Allahu yurdho 'alaik..
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Ya ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº°
Sunday, August 14, 2011
..Ini Kisahku..
Dulu aku pernah cuba bersuara namun tiada orang mendengarnya.
Lalu aku sekadar berbisik lemah menyatakan rasa.
Biar pun bisikanku mengundang benci di hati-hati mereka.
Aku luahkan sahaja kerana aku takut memendamnya.
Angin bayu bertiup lembut mengusap jiwa.
Dengan tangan kecil,aku yang masih belum mengerti cuba menepisnya.
Mana mungkin tangan ini mampu menepis angin bayu selembut itu.
Kerana aku merasa terhibur sebenarnya biar pun sakit terpamer jelas di muka dan hati.
Sekarang aku pusing dengan cerita-cerita dulu.
Awan-awan menghantar kisah yang mana aku tidak mampu mempercayainya.
Menanti kisah yang baru.
Atau aku perlu bangkit mengumpul sisa.
Agar kisah-kisah baru itu ditemui aku dengan hati yang tersenyum gembira.
Wednesday, August 10, 2011
..Suatu Saat Nanti..
Melihat mereka yang jauh di perantauan, kini sangat tabah menyusuri sebuah perjalanan baru di bumi asing. Mereka yang pernah menjadi sahabat dan akan selalu menjadi teman sepanjang perjalanan ini.
Tidak. Aku tidak mahu itu jadi seperti mereka. Aku masih mahu berada di sini. Untuk Islam. Untuk dakwah. Dan untuk ukhuwah.
Ya Rabb, izinkan aku menjauh dari takdir itu. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.
Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya,
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,
Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,
Kuatkan hati ini wahai Tuhan,
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.
Wednesday, August 3, 2011
..Tenanglah Duhai Hati..
Setiap detik kita jumpa kawan atau teman.
Apa masalah kita?
Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.
sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur?Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?
Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. Tenanglah dikau, wahai hati...Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
^_^ zikr always!