Dulu aku pernah cuba bersuara namun tiada orang mendengarnya.
Lalu aku sekadar berbisik lemah menyatakan rasa.
Biar pun bisikanku mengundang benci di hati-hati mereka.
Aku luahkan sahaja kerana aku takut memendamnya.
Angin bayu bertiup lembut mengusap jiwa.
Dengan tangan kecil,aku yang masih belum mengerti cuba menepisnya.
Mana mungkin tangan ini mampu menepis angin bayu selembut itu.
Kerana aku merasa terhibur sebenarnya biar pun sakit terpamer jelas di muka dan hati.
Sekarang aku pusing dengan cerita-cerita dulu.
Awan-awan menghantar kisah yang mana aku tidak mampu mempercayainya.
Kini, kisah itu sering membuat aku tersenyum sendiri.
Seakan2 tidak percaya "itukah aku"?Dan aku terus terduduk di situ.
Menanti kisah yang baru.
Atau aku perlu bangkit mengumpul sisa.
Agar kisah-kisah baru itu ditemui aku dengan hati yang tersenyum gembira.
Menanti kisah yang baru.
Atau aku perlu bangkit mengumpul sisa.
Agar kisah-kisah baru itu ditemui aku dengan hati yang tersenyum gembira.
Lalu aku terfikir sendiri.
Adakah aku sekadar mengingati "kenangan lama" atau "kubur lama"
Tanpa membuat anjakan pada diri?
Hanya diri mampu menjawab pada persoalan itu.
Akhirnya dalam kelelahan melalui kisah itu.
Aku puas..Alhamdulillah Ya ALLAH!
Alhamdulillah kerana aku masih d beri kekuatan olehMu.
*Peringatan bersama.
Berjalan Tanpa Henti..Pasakkan pada DIA~
No comments:
Post a Comment