Blogger Backgrounds

Tuesday, August 23, 2011

..Bicara Sendiri..


Bismillahhirrahmannirrahim...
Di saat aku bersendirian….
Aku mencari dimanakah diriku yang sebenar….
Aku semakin lalai dengan dunia…
Sedangkan aku tahu bahawa hidup ini dah x lama….
Aku tenggelam dengan godaan nafsu yang menipu…
Ya Allah,kau pertemukan aku kembali dengan cintaMU….
Kerana Aku pernah merasakan kemanisan bertemu dengan cintaMU…
Ia sangat manis….
Tapi kini aku makin hanyut…..
Dibawa arus yang kencang….
Sangat kencang…..
Ya Allah………………………..
Aku sangat berharap semoga kau pertemukan aku kembali dengan cinta MU yang banyak mengajarku erti kehidupan seorang muslim yang sejati…..
Aku rindukan mujahadahku…….
Aku tidak sanggup digelar manusia yang rugi….
Aku takut Ya Allah andai murkaMU mengiringi langkahku pulang ke pangkuan Mu…
Mengapa hatiku keras untuk menangisi dosa2 ku….
Ampunkanlah diri ini Ya Allah….
Kerana kelalaian ku untuk mengingatiMU setiap waktu yang kau Berikan kepadaku…
Mengapa sukar untuk aku memperoleh cinta dari NYA…..
Mampukah aku memperolehinya….
Ya Allah..peluklah diri ini,
Aku sangat mengharapkan pelukan dari MU…
Kerana aku tidak sanggup menghadapi hidup ini seorang diri….
Bantulah aku dalam mengajak semua orang yang aku sayang mengenali cintaMU…
Berilah aku kekuatan…
Tanamkanlah ketabahan dalam hatiku ini,
Semaikanlah benih2 cinta Mu dalam sanubariku,
Semoga aku terus berusaha untuk mengecapi cintaMU….

No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers