Blogger Backgrounds

Sunday, August 21, 2011

..Benar..

Benar, kita perlu rasa susah, untuk rasa senang,
Benar, perlu mengharung onak duri,sebelum melintasi jalan yang selamat,luas x bertepi,
Benar, perlu sesekali rasa perit di bawah,untuk belajar bersyukur bila berada di atas,subhanallah,
benar, perlu jatuh ke bawah seorang diri,sebelum gagah kembali berdiri,
Benar, perlu jumpa orang-orang yang menguji kesabaran dan hati,untuk Allah pertemukan orang yang menjadi penyejuk hati di kemudian hari,
Benar, perlu diuji keimanan,sebelum dinilai sebab kita tahu sukarnya cabaran akhir zaman,
Benar, sekali berpaling kerana dosa,untuk kembali itu sakit kerana sesalan tidak terhingga,
Benar, pahitnya berjuang di jalan Tuhan,sebelum kita merasa manisnya ganjaran di penghujung jalan.
Benar, Kehidupan ini sementara,untuk kita mengejar akhirat yang selamanya..

Allah itu Maha Pengampun,
diampunkan dosa hambaNya yang seluas lautan,
Allah itu Maha Penyayang,
diberikan nikmat walaupun iman di dada senipis kulit bawang,
Allah itu Maha Kuasa,
ditentukan urusan serta takdir supaya hambaNya berusaha & tidak lepa,
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!



Hati kecilku berbisik, "Ya Tuhan betapa penyayang diriMu pada hambaMu yang terkadang lupa padaMu,yang hatinya terkadang lalai dari merinduiMu, yang anggotanya terkadang liat dan sukar untuk beribadat kepadaMu walaupun segunung nikmat telah Kau curahkan~" Esok masih ada untukku perbaiki diri. insyaALLAH~

No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers