Blogger Backgrounds

Friday, September 16, 2011

..Bila Diri Terasa Lemah..

Bismillahirrahmanirrahim…
Terkadang diri rasa tak layak pun berada bersama mereka.
Terkadang diri sangat rasa rendah diri.
Terkadang diri rasa hanya mahu menyendiri.
Terkadang diri rasa itu tak mampu, ini tak mampu.
Terkadang diri rasa malu, malu pada Tuhan.
Terkadang diri rasa hilang, hanyut entah ke mana.
Terkadang diri rasa ingin lari dari semuanya.
Terkadang diri rasa tidak menentu, semua jadi tak kena.
Terkadang diri rasa ingin jadi orang pelik.
Terkadang diri rasa macam-macam.
Oh, diri.
Kenapa susah sangat nak buang semua tu?
Kenapa susah sangat nak buat apa yang orang lain fikir pelik dan asing walhal itu adalah kewajipan?
Kenapa susah sangat nak tinggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang disuruh secara konsisten?
Kenapa susah sangat nak buang perasaan yang bukan-bukan, yang tak bagi pape manfaat pun pada diri dan orang lain?
Kenapa suka fikir semua benda susah nak buat walhal bende tu senang macam makan kacang je nak buat?
Oh, kenapa..
“Janganlah kamu lemah…” [QS 47:35]
“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” [QS 47:36]

2 comments:

  1. assalamualaikum adikku sayang..
    jangan pernah rasa menyesal kerana ditakdir menjadi mereka-mereka yang 'pelik' di kalangan insan sekeliling..
    biarlah kita kelihatan pelik di dub=nia..jangan kita dipandang jelik ALLAH Yang Esa..
    sentiasalah bahagia dengan kasih sayang dan perhatian DIA (^_^)

    ReplyDelete
  2. k.anis:baik kak..ssnguhnye berbahagialah kite yg dipilih utk menjalani ujian e2..tarbiyah dariNya..^_^

    ReplyDelete

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers