Blogger Backgrounds

Tuesday, September 13, 2011

..Redha Atas Segalanya..

Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maha Suci Allah.. Segala Puji bagi Allah.. Allah Maha Besar!

.firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman,
"Maka nikmat Tuhan Mu yang manakah kamu dustakan?"

jangan kita sesekali lupa bahawa setiap yang kita miliki,deria,kesihatan,harta, dan segalanya hanyalah suatu pinjaman dari Allah SWT. Segalanya hak Allah SWT. Bila Allah tarik sesuatu nikmat ialah untuk menyedarkan kekasihnya yang sedang lalai dr mengingatiNya. Sebab Allah rindu pada kita,rindu pada esak tangis kita memohon padaNya, Allah cemburu bila kita sayang yang lain lebih dariNya. Perasankah kalian?

Redha sukar tetapi akan menjadi kemudahan bila kita biasakan. Biar sekecil-kecil dugaan, Sama juga bila kita mungkin terjatuh, kaki terkehel, tak dapat pergi menonton wayang, kita pujuk diri dengan katakan subhanallah,Allah sudah selamatkan aku dr menjejaki tempat-tempat yang boleh melalaikan hatiku,melalaikan jiwaku, tempat tinggal syaitan,sekurang-kurangnya kita boleh cuba jauhi tempat-tempat tersebut. Bukan terus tidak pergi menonton wayang,tetapi perlahan-lahan. Allah Maha Melihat usaha kita. Yakinlah padaNya.

Allah memberi kita kecukupan apa yang ada. yang sebenarnya kecukupan atas apa yang kita PERLU. kita yang sering mencari lebih dari cukup. itulah nafsu. itulah istimewanya manusia. Sayang nafsu yang berlebihan membinasakan dan lebih mudah syaitan mmbisikkan ke telinga. Sebenarnya cukup sahaja kasih sayang Allah dan keluarga serta rakan-rakan sebelum berlangsung akad buat seseorang. Itu cara ISLAM bukan? Tetapi mengapa ada yang mencari yang tidak pasti? lelaki dan perempuan auranya berlainan,cas positif dan negatif. Sebab itulah Islam sangat menjaga batas-batas pergaulan. Malang bila syaitan mula memainkan peranan, antara seorang lelaki dan perempuan boleh hanyut. Kata-kata sahabat, "jodoh itu rahsia Allah, Allah ni SWEET juga kan?"

Kita akan membenci sesuatu yang baik untuk kita dan menyukai sesuatu yang buruk untuk kita. Tercatat dalam firman Allah bukan? Hebatkan Allah, dia mencipta kita dan Dia juga tahu kita akan berperangai sebagaimana. Subhanallah, sebab itu akal dikurniakan,untuk menimbang baik buruk sesuatu, macam simple tetapi masih sukar dilakukan, benarkan?

"katakanlah Muhammad, " Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepasa Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat, agar kamu beruntung" al maidah : 100

APABILA kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT..

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA..

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD..

dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU..

*senangnye mulut melafazkan tp susahnye hati utk menerima....Ya Allah andai itu takdirnye, kuatkan hati ini utk menerima dgn redhanya...sesungguhnya hanya Engkau tahu ape yg terbaik utk hambaMu....bantulah hambaMU yg lemah ini..permudahkan segala urusannya...

No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers