Blogger Backgrounds

Tuesday, September 6, 2011

..Keluhan seorang Daie..

Letih..

Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku andai di bandingkan dengan usaha Nabi dan para sahabat.

Berapa banyak usahaku ini di bandingkan dengan usaha Hassan al- Banna.

Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa..

Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.

Namun,adakah layak untuk aku kecewa?

Sedangkan Rasulullah S.A.W yang ditolak oleh kaumnya sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan.

Siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk..

Sibuk menjalankan amanah – amanah yang diberi.

Namun,layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk,bagaimana dengan Imam Syafie’,Imam Ghazali dan Imam Nawawi?

Apalah aku dibanding dengan mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih..

Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapi ujian dalam perjuangan ini.

Namun apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa..

Hampa apabila amar maaruf nahi mungkar yang dijalankan tidak di endahkan.

Adakah ini lasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya.

Namun adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh?

Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah..kontrak seumur hidup..kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa.

Hanya ada satu jalan untukku..

Gigih Berusaha!!

No comments:

Post a Comment

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers