Blogger Backgrounds

Tuesday, September 13, 2011

..Bukan Aku..

sekadar mahu berkongsi puisi seorang sahabat (sea lavender) yang terkena dengan diri ini saat ni..aku harus kuat..aku harus tidak melayan perasaan itu kerana aku tidak punya wak2..Ya Allah berilah aku kesabaran itu dan sentiasa bersangka baik denganMu..Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaMu..it's all about my mind!

bukan aku seperti apa yang disangka-sangkakan..
bukan aku pinta kekecewaan ini namun aku pasti Dia berikan kerana tanda sayang-Nya padaku
bukan aku berikan pengharapan ianya sekadar inginkan kejujuran itu yang aku mahukan
bukan aku jika dihulurkan kebencian namun titipan kasih sayang yang cuba aku sematkan
bukan aku mengagung-agungkannya dengan kekuatan yang ada cuma agama yang aku pandang
bukan aku seorang yang kuat namun masih memerlukan bimbingan dan kekuatan
bukan aku menagih simpati inilah tanda dahaganya aku pada ilmu
bukan aku tiada meredhai dengan apa yang berlaku namun memerlukan masa untuk segalanya
bukan aku pinta menjadi lemah namun aku masih tidak kuat
bukan aku pinta hilangnya yakin itu namun masih tingkatkan keyakinan diri
bukan aku tidak sbar dengan apa yang dikurniakan namun masih mencari ketenangan itu
bukan aku sengaja masih keanak-anakan namun belajar ke arah kematangan
bukan aku jika menjadi insan tidak menghargai apa yang dikurniakan
Alhamdulillah aku bersyukur atas segala apa yang telah dikurniakan-Nya...

4 comments:

  1. ALLAH..kena jugak dengan diri akak..
    (-__-)

    ReplyDelete
  2. nukilan secara spontan ni sekadar d luahkan dikaitkan buat diri ini yg perlukan kekuatan..
    Alhamdulillah...hnya Dia tmpt bergntung harapan..

    ReplyDelete
  3. renungan buat diri ni wani~~
    bukan sekadar luahan..sm2 kte mengingati-Nya..
    Insya-Allah ingin perjalanan khdupan yg dredhai-Nya

    ReplyDelete
  4. k.anis:i'Allah MARI bermuhasabah..sea_lavender:yup..hanya DIA~ =)

    ReplyDelete

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers