Blogger Backgrounds

Sunday, July 24, 2011

..Nota Kehidupan Dengan Amal..

bila tibanya musim cuti..jangka masa itu bukanlah sekejap bukanlah lama..namun hati ini berbisik sendiri... Merasai betapa kontangnya kemarau iman ini, maka memang tepatlah masanya persoalan ini datang..

Cuti dan rehat...mutabaah amal macam mana?

Mutabaah pun nak rehat juga!

Astaghfirullah. Teringat disaat liqa' kami. Bersama murobbi dan akhwat tercinta. Soal mutabaah amal tidak pernah ada noktahnya. Kalau yang kurang akan ditambah, yang sedia ada akan di upgrade lagi. Itu bila kami bersama, ukhuwwah dan bi'ah solehah mengikat hati-hati ini, merumpunkan dalam segelung nilai tarbiyyah.

Namun jiwa kita tetap manusiawi. Iman kita ada naik dan turunnya. Bila mana akhwat berjauhan, urusan tarbiyyah tergendala bak berkurun lamanya, biarpun hanya seminggu dua pada hakikatnya. Maka soalnya pada mutabaah kita. Bukan pada amal, tapi pada pelaksana iaitu kita sendiri.

Mutabaah bukan amal nilai kosong.

Bila musim exam ada alasannya. Bila cuti dan masa terluang pun ada juga alasannya!

Sampai bila nak maju sis!?

Disaat dan ketika ini, yang perlu adalah muhasabah diri pada apa disandarkan iman dan amal kita. Pada bi'ah? Pada ukhuwwah? Pada murobbiah?

Biarlah amal itu bersandar pada iman. Iman kita subur dengan gerak kerja da'wah, bila segala-galanya hanya untuk da'wah. Dengan itu amal berkadar terus seiringan kekuatan iman. Usah lagi risau dengan kekontangan amal, andai iman sentiasa dibasahi dengan tarbiyyah, disuburi dengan gerak yang tidak pernah ada putusnya.

Da'wah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka berIMAN dengan Allah dan akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan RasulNya...

[Syeikh Abul al-'Ala al-Maududiyy]


Mutabaah bukan amal kosong. Mutabaah amal perlu menjadi benih yang menyuburkan rasa istiqomah, meningkatkan darjat mujahadah.

Rasa sunyi tidak patut membuatkan amal goyah. Kiranya betul imannya, maka akan betul caranya. Masakan uzlah itu satu method membaik pulih amal, padahal uzlah menuju kesunyian, tapi pada kebenarannya ia membina riuhnya iman.


Have I done this and that? Our daily checklist~





solah fardhu - on time
solah rawatib - before and after the fardhu prayer
solah dhuha - every morning
tilawah Qur’an - min 4 pages a day
Qiamullail - min 2/week
fasting - 2/week
sadaqah - 1/week (even a few cents)

Mutabaah bukan amal kosong. Isinya mutabaah amal itu adalah jawapan kepada persoalan, untuk apa aku hidup dalam tarbiyyah? Itu hasilnya liqa' yang kita selusuri, yang kita perah untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, liqa' kita hanyalah seperti kelas-kelas agama, duduk-duduk, sembang-sembang..Catatan mutabaah amal sekadar catatan kedatangan yang tiada ertinya.

Tekadkan hati,besarkan jiwa..ayuh kita tanam cita-cita tinggi. Jadikan cuti ini manfaatnya bukan pada perut-perut yang bakal kekenyangan, pada mata-mata yang lagha dengan tatapan hiburan dan nafsu. Tapi cuti ini satu medan amal yang luasnya perlu diisi dengan kesungguhan!

Fastaqim kama umirta... Hembusan satu azam.. Dengan izinNya.



'Hammuka ala qadari ma ahammak'

'Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan'

4 comments:

  1. teruskan..amat myentuh hati..semoga rje pun dpt buat mcmni..

    ReplyDelete
  2. yup..adik..truskan bergerak~pasakkan pada DIA..=)

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah..sme2 la tingkatkan ibadah kpd-Nya penuh keikhlasan... =)

    ReplyDelete
  4. syaz..rindu kmu..sentiasa bersemangat k! ^_^

    ReplyDelete

..Hayatku..

Daisypath Happy Birthday tickers